Khamis, 18 Februari 2010

Aktiviti Penemuan Sains Playsmart Petrosains 2010

Tuan/puan, Pihak Petrosains Playsmart telah membuka sebuah pusat penemuan sains mini yang terletak di Stesen Servis Petronas, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Seberang Jaya. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai bahan pameran dan aktiviti interaktif yang menarik dan berasaskan konsep sains yang mudah dipelajari. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tuan/puan tentang pusat tersebut. Bersama makluman ini disertakan maklumat ringkas program dan borang tempahan sekiranya sekolah tuan berminat untuk mengadakan program bersama Petrosains Playsmart atau lawatan ke pusat tersebut. Untuk makluman tuan semua program adalah percuma. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi Fasilitator Petrosains Playsmart, Cik Rabaah Abdul Rashid di talian 04-3978846 atau 016-2334864.

Rabu, 10 Februari 2010

Anugerah Pendidikan Sains Toray 2010 (Sekolah Menengah)

Pihak Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn Bhd di bawah Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) akan menganjurkan Anugerah Pendidikan Sains Toray 2010 untuk guru-guru Sains sekolah menengah. Pertimbangan untuk anugerah ini adalah inovasi pendidikan sains seperti teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berkesan, bahan bantu mengajar yang inovatif dan berkesan dan permainan pendidikan sains yang dapat membantu penyampaian ilmu sains dengan lebih menarik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.mtsf.org. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dirujuk terus kepada: Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) c/o Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn Bhd Blok B, Prai Free Industrial Zone 1 13600 Prai, Pulau Pinang Tel: 04-390 8157 / 04-385 4151 Fakf: 04-390 8260 Tarikh Tutup ialah pada 31 Mei 2010

Jumaat, 5 Februari 2010

Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains

Bertempat di The Summit, Bukit Mertajam, pada 19 November 2009 telah berlangsung pertandingan akhir Pertunjukan Sains Petrosains. VIP yang hadir dalam majlis penutup ialah Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Pengurus Program Luaran Petrosains, Ketua Unit Kokurikulum, Pengurus Besar The Summit serta Pengetua sekolah yang mengambil bahagian. SMK Tinggi Bukit Mertajam telah muncul sebagai johan, SMK Bukit Jambul Naib Johan dan SMJK Cung Ling Pulau Pinang di tempat ketiga.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN KEBANGSAAN 2010 (INTEL-ISEF 2011)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia akan Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan dalam Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan. Sekolah-sekolah menengah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Projek Inovasi yang berjaya akan bertanding di Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan. Setiap penyertaan mestilah mengandungi Borang Pendaftaran, Kertas Cadangan Projek / Laporan Projek / Abstrak dan perlu dihantar dalam dua salinan dalam bentuk ’soft-copy’ dan ’hard-copy’ sebelum 30 April 2010 ke alamat berikut: Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang JKR 629, Jalan Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam (u.p. En Shamsir Jemain) Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh dimuat turun di laman web www.ukkpp.blogspot.com Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berkenaan iaitu En Shamsir Jemain di talian 04-539 8859 samb 105 / 012-428 7811.