Selasa, 15 Januari 2013

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (Syarat-syarat Pertandingan)

Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013. Program tahunan ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid serta guru seperti pertandingan-pertandingan Sains & Teknologi, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertunjukan sains, seminar dan bengkel-bengkel hands-on. 

Muatturun:
1. Syarat-syarat pertandingan:

a. Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang (SM & SR)
b. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (SM)
c. Pertandingan Solar Car (SM)
d. Pertandingan Solar Boat (SM)
e. Pertandingan Efficiency Energy Cooking (SM)
f.  Pertandingan EUREKA REE Solar Beach House (SR)
g. Pertandingan Bercerita Sains - Bahasa Inggeris (SR)
h. Pertandingan Saintis Muda (SM & SR)

2. Borang Pendaftaran Peserta

Selasa, 8 Januari 2013

PERTANDINGAN INOVASI SAINS INTEL ISEF 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan penganjuran Pertandingan Inovasi Intel ISEF bagi tahun 2013. Sehubungan itu, semua sekolah menengah di Pulau Pinang dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.

Syarat-syarat Pertandingan Intel ISEF boleh dirujuk melalui laman web:
www.societyforscience.org/document.doc?id=396 

Setiap penyertaan perlu dilampirkan borang-borang berikut:
i. Checklist for Adult Sponsor (1)
ii. Student Checklist (1A)
iii. Approval Form (1B)

Sila teliti Research Plan sebagai panduan setiap penyertaan. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum 8 Februari 2013;

Unit Kokurikulum,
Jabatan Pulau Pinang,
d/a SK Hashim Awang,
13200 Kepala Batas