Khamis, 11 April 2013

Syarahan Umum Astronomi Radio Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Universiti Malaya akan mengadakan Syarahan Umum Astronomi Radio pada 23 April 2013 di Teatret Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Syarahan yang akan disampaikan oleh Prof dr Chong Yuan daripada National Central University (NCU) Taiwan ini bertujuan memupuk minat murid sekolah menengah dalam penyelidikan dan kajian terkini mengenai Astronomi Radio. Segala perbelanjaan bagi menyertai program ini adalah di bawah tanggungan sekolah masing-masing. Pihak sekolah juga dipohon mematuhi pekeliling semasa, berkaitan prosedur pergerakan murid ke tempat program.
 - Maklumat Syarahan
- Latarbelakang Penceramah
- Borang Jawapan

Selasa, 9 April 2013

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri 2013

Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mengadakan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri pada 27 hingga 29 Mei 2013 bertempat di SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang. Memandangkan karnival berkenaan akan diadakan pada cuti persekolahan, diharap sekolah-sekolah dapat membuat perancangan dalam pemilihan peserta pertandingan ataupun mengadakan lawatan ke karnival tersebut.

Jadual Pelaksanaan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri
Senarai Penyertaan Sekolah-sekolah dalam pertandingan-pertandingan:
a. Teknologi Pelancaran Roket (Sekolah Menengah)
b. Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Menengah)
c. Saintis Muda (Sekolah Menengah)
d. Solar Car (Sekolah Menengah)
e. Solar Boat (Sekolah Menengah)
f.  Efficiency Energy Cooking (Sekolah Menengah)
g. EUREKA Solar Beach House (Sekolah Rendah)
h. Saintis Muda (Sekolah Rendah)
i.  Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Rendah)
j.  Maths Magic (Sekolah Rendah)
k. Bercerita Sains (Sekolah Rendah)