Isnin, 30 Mac 2015

Keputusan Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Matematik Peringkat Daerah 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JPN telahpun selesai melaksanakan Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Matematik peringkat daerah 2015. Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian. 100 orang murid terbaik daripada ujian tersebut telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Ujian Kelayakan Peringkat Negeri.

Keputusan Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Akademik Peringkat Daerah 2015

Rabu, 11 Mac 2015

Ujian Kelayakan Olimpiad Matematik Sekolah Rendah Peringkat Daerah 2015

Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Ujian Kelayakan Olimpiad Matematik Sekolah Rendah peringkat daerah. Ujian kelayakan ini bertujuan memilih calon-calon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan ke Kem Kecemerlangan Olimpiad Matematik kebangsaan sebelum pemilihan ke peringkat antarabangsa.     

Pihak sekolah dipohon untuk mengenalpasti murid tahun 4, 5 atau 6 yang mempunyai pencapaian yang sangat cemerlang dalam matematik untuk menduduki ujian tersebut. Keutamaan juga boleh diberikan kepada murid-murid yang mengikuti kelas Olimpiad Matematik. Ujian berkenaan akan diadakan pada       25 Mac 2015 (Rabu) bermula pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang di pusat-pusat berikut:

Daerah Timur Laut: SJKC Shang Wu
Daerah Barat Daya: SJKC Chong Teik
Daerah Utara: SJKC Kwang Hwa Butterworth
Daerah Tengah: SJKC Chung Hwa 3, Perai
Daerah Selatan: SK Bandar Tasek Mutiara