Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Universiti Malaya akan mengadakan Syarahan Umum Astronomi Radio pada 23 April 2013 di Teatret Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Syarahan yang akan disampaikan oleh Prof dr Chong Yuan daripada National Central University (NCU) Taiwan ini bertujuan memupuk minat murid sekolah menengah dalam penyelidikan dan kajian terkini mengenai Astronomi Radio. Segala perbelanjaan bagi
menyertai program ini adalah di bawah tanggungan sekolah masing-masing. Pihak
sekolah juga dipohon mematuhi pekeliling semasa, berkaitan prosedur pergerakan
murid ke tempat program.
- Maklumat Syarahan
- Latarbelakang Penceramah
- Borang Jawapan
Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Khamis, 11 April 2013
Isnin, 8 April 2013
Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri 2013
Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mengadakan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri pada 27 hingga 29 Mei 2013 bertempat di SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang. Memandangkan karnival berkenaan akan diadakan pada cuti persekolahan, diharap sekolah-sekolah dapat membuat perancangan dalam pemilihan peserta pertandingan ataupun mengadakan lawatan ke karnival tersebut.
Jadual Pelaksanaan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri
Senarai Penyertaan Sekolah-sekolah dalam pertandingan-pertandingan:
a. Teknologi Pelancaran Roket (Sekolah Menengah)
b. Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Menengah)
c. Saintis Muda (Sekolah Menengah)
d. Solar Car (Sekolah Menengah)
e. Solar Boat (Sekolah Menengah)
f. Efficiency Energy Cooking (Sekolah Menengah)
g. EUREKA Solar Beach House (Sekolah Rendah)
h. Saintis Muda (Sekolah Rendah)
i. Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Rendah)
j. Maths Magic (Sekolah Rendah)
k. Bercerita Sains (Sekolah Rendah)
Jadual Pelaksanaan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri
Senarai Penyertaan Sekolah-sekolah dalam pertandingan-pertandingan:
a. Teknologi Pelancaran Roket (Sekolah Menengah)
b. Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Menengah)
c. Saintis Muda (Sekolah Menengah)
d. Solar Car (Sekolah Menengah)
e. Solar Boat (Sekolah Menengah)
f. Efficiency Energy Cooking (Sekolah Menengah)
g. EUREKA Solar Beach House (Sekolah Rendah)
h. Saintis Muda (Sekolah Rendah)
i. Inovasi Sains dan Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran (Sekolah Rendah)
j. Maths Magic (Sekolah Rendah)
k. Bercerita Sains (Sekolah Rendah)
Rabu, 13 Mac 2013
PUSINGAN AWAL NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2013
3 APRIL 2013
Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), ASM-Young Scientists Network (YSN) dan ExxonMobil akan mengadakan pertandingan National Science Challenge 2013. Matlamat penganjuran NSC adalah untuk memupuk minat di kalangan para pelajar sekolah menengah terhadap bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. Sepertimana tahun yang lalu, pertandingan ini akan dijalankan dalam empat peringkat yang terdiri daripada Peringkat Awal, Peringkat Negeri, Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Kebangsaan. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar aliran sains Tingkatan Empat sahaja. Pihak sekolah boleh menghantar seberapa banyak pasukan bagi menyertai pertandingan ini. Namun begitu, setiap pasukan mestilah terdiri daripada tiga orang pelajar dan seorang guru pembimbing.
Sepertimana yang tuan sedia maklum, pendaftaran secara online di laman sesawang www.akademisains.gov.my bagi pusingan awal pertandingan ini telah pun bermula dan pihak Akademi telah bercadang untuk mengadakan pertandingan Peringkat Awal pada 19 Mac 2013 secara serentak di seluruh negara. Namun begitu, ekoran daripada permintaan pihak sekolah dan sambutan yang menggalakkan bagi menyertai pusingan awal pertandingan ini, pihak Akademi telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 29 Mac 2013. Pertandingan Pusingan Awal NSC 2013 juga telah ditangguhkan kepada tarikh yang baru iaitu pada 3 April 2013. Pemilihan tarikh baru ini adalah untuk memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian mendaftar dan seterusnya membuat persediaan seperti melatih para pelajar terbabit bagi menghadapi pertandingan ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi En Amirul Ikhzan di talian 03-2694 9898 atau emelkan kepada amirul@akademisains.gov.my.
Selasa, 12 Februari 2013
Pelawaan Menyertai Kem Penyelidikan Sains Anjuran Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan beberapa siri Kem Penyelidikan Sains kepada murid-murid sekolah menengah. Objektif kem ini ialah untuk;
a. Merangsang minda dan kreativiti pelajar terhadap sains dan teknologi
b. Memupuk minat dan menyebarkan pengetahuan saintifik terhadap kepentingan sains dan alam sekitar
c. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pemuliharaan kepentingan biologi hutan
Bersama ini disertakan brosur program untuk makluman dan tindakan sekolah-sekolah yang berminat. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Arshad Hj Anuar di talian 03-62797519 / 7526 / 7528
a. Merangsang minda dan kreativiti pelajar terhadap sains dan teknologi
b. Memupuk minat dan menyebarkan pengetahuan saintifik terhadap kepentingan sains dan alam sekitar
c. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pemuliharaan kepentingan biologi hutan
Bersama ini disertakan brosur program untuk makluman dan tindakan sekolah-sekolah yang berminat. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Arshad Hj Anuar di talian 03-62797519 / 7526 / 7528
Isnin, 14 Januari 2013
Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (Syarat-syarat Pertandingan)
Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013. Program tahunan ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid serta guru seperti pertandingan-pertandingan Sains & Teknologi, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertunjukan sains, seminar dan bengkel-bengkel hands-on.
Muatturun:
1. Syarat-syarat pertandingan:
a. Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang (SM & SR)
b. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (SM)
c. Pertandingan Solar Car (SM)
d. Pertandingan Solar Boat (SM)
e. Pertandingan Efficiency Energy Cooking (SM)
f. Pertandingan EUREKA REE Solar Beach House (SR)
g. Pertandingan Bercerita Sains - Bahasa Inggeris (SR)
h. Pertandingan Saintis Muda (SM & SR)
2. Borang Pendaftaran Peserta
Isnin, 7 Januari 2013
PERTANDINGAN INOVASI SAINS INTEL ISEF 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan penganjuran Pertandingan Inovasi Intel ISEF bagi tahun 2013. Sehubungan itu, semua sekolah menengah di Pulau Pinang dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.
Syarat-syarat Pertandingan Intel ISEF boleh dirujuk melalui laman web:
www.societyforscience.org/document.doc?id=396
Setiap penyertaan perlu dilampirkan borang-borang berikut:
i. Checklist for Adult Sponsor (1)
ii. Student Checklist (1A)
iii. Approval Form (1B)
Sila teliti Research Plan sebagai panduan setiap penyertaan. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum 8 Februari 2013;
Unit Kokurikulum,
Jabatan Pulau Pinang,
d/a SK Hashim Awang,
13200 Kepala Batas
Syarat-syarat Pertandingan Intel ISEF boleh dirujuk melalui laman web:
www.societyforscience.org/document.doc?id=396
Setiap penyertaan perlu dilampirkan borang-borang berikut:
i. Checklist for Adult Sponsor (1)
ii. Student Checklist (1A)
iii. Approval Form (1B)
Sila teliti Research Plan sebagai panduan setiap penyertaan. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum 8 Februari 2013;
Unit Kokurikulum,
Jabatan Pulau Pinang,
d/a SK Hashim Awang,
13200 Kepala Batas
Jumaat, 28 September 2012
PERTANDINGAN F1 IN SCHOOLS TECHNOLOGY CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan F1 In Schools Technology Challenge Peringkat Kebangsaan 2012. Saksikan 30 pasukan terbaik F1 In Schools bertanding bagi merebut tempat dalam pertandingan F1 In Schools peringkat dunia pada 2013.
Tarikh Program: 4 hingga 7 November 2012
Penilaian: 5 dan 6 November 2012
Pameran dan Perlumbaan: 6 November 2012 (10 pagi hingga 10 malam)
Majlis Penutup: 7 November 2012
Tempat: Hotel Vistana, Pulau Pinang
Langgan:
Catatan (Atom)

