Sabtu, 29 September 2012

PERTANDINGAN F1 IN SCHOOLS TECHNOLOGY CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan F1 In Schools Technology Challenge Peringkat Kebangsaan 2012. Saksikan 30 pasukan terbaik F1 In Schools bertanding bagi merebut tempat dalam pertandingan F1 In Schools peringkat dunia pada 2013.
 
Tarikh Program:   4 hingga 7 November 2012
Penilaian: 5 dan 6 November 2012
Pameran dan Perlumbaan: 6 November 2012 (10 pagi hingga 10 malam)
Majlis Penutup: 7 November 2012
Tempat: Hotel Vistana, Pulau Pinang
 



 
 
 
 

Jumaat, 28 September 2012

PENANG SPACE FESTIVAL WITH NASA 2012


Pihak USM akan mengadakan program yang pertama kali di Zon Utara Semenanjung yang melibatkan Negeri Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Program ini merangkumi pelbagai alternatif pendidikan lestari yang bersifat edutainment berlatar belakang sains,teknologi dan seni dibawah satu program

Tarikh: 29-30 okt 2012
Tempat: Sains@USM , Bukit Jambul Pulau Pinang
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam

untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Prof.Madya.Dr Chong Hon Yew
0163157318

Tini Jaffar
0124139153

penangspacefestival.blogspot.com
facebook: Penang Space Festival


Khamis, 27 September 2012

UJIAN KELAYAKAN KEM KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

1.   Terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4 dan 5 sahaja.
2.   Setiap sekolah diminta memilih 5 orang murid yang cemerlang dalam Matematik untuk mengambil
      ujian ini.
3.   Ujian Bertulis ini akan dijalankan serentak pada 28 September 2012 jam 10.30 hingga 
      12.00 tengah hari di sekolah masing-masing.
4.   Ujian ini mengandungi 20 soalan subjektif.
5.   Soalan perlu dimuatturun 3hari sebelum tarikh ujian dijalankan.
6.   Pihak sekolah diminta mencetak soalan dan menjalankan ujian pada tarikh dan masa yang    
      ditetapkan dengan pengawasan guru.
7.   Kertas jawapan dan borang penyertaan perlu dihantar terus ke alamat berikut secara
      pos laju dalam tempoh 3 hari selepas tarikh ujian dijalankan.

        Unit Kokurikulum
        Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
        d/a SK Hashim Awang,
        13200 Kepala Batas
        (u.p. En Shamsir Jemain) 
         
8.  Kertas jawapan dan borang yang tidak lengkap atau lewat akan dibatalkan penyertaannya.
9.  Pihak JPN Pulau Pinang hanya akan menghubungi sekolah yang berjaya ke Kem Kecemerlangan
     Matematik Rendah melalui surat jemputan.
10.Soalan Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Matematik