Khamis, 17 Mei 2012

PERISTIWA DUA KALI SEUMUR HIDUP-TRANSIT PLANET ZUHRAH 2012” PADA 6 JUN 2012 DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)


Sukacita dimaklumkan, program astronomi “Peristiwa Dua Kali Seumur Hidup-Transit Planet Zuhrah 2012” ini merupakan satu program yang akan dikelolakan oleh pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM dengan kerjasama Kelab Astronomi USM, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri dan Penang Education Council.

“Peristiwa Dua Kali Seumur Hidup-Transit Planet Zuhrah 2012” ini merupakan salah satu peristiwa astronomi yang sangat penting dan ia jarang berlaku dimana kita hanya dapat menyaksikan peristiwa ini dua kali seumur hidup.  Peristiwa bersejarah ini dapat dilihat dilangit diseluruh Malaysia pada pagi Rabu, 6 Jun 2012 dimana satu titik hitam bulat iaitu Planet Zuhrah akan muncul merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama 6 jam.  Fenomena alam yang sama seperti ini akan berlaku lagi 100 tahun akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2112.  Pastikan kita semua tidak terlepas pengalaman ini untuk menyaksikan peristiwa Transit Planet Zuhrah kerana ia hanya dapat dilihat dua kali seumur hidup untuk dikongsi bersama generasi yang akan datang.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan