Rabu, 13 Mac 2013


PUSINGAN AWAL NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2013
3 APRIL 2013
Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), ASM-Young Scientists Network (YSN) dan ExxonMobil akan mengadakan pertandingan National Science Challenge 2013. Matlamat penganjuran NSC adalah untuk memupuk minat di kalangan para pelajar sekolah menengah terhadap bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. Sepertimana tahun yang lalu, pertandingan ini akan dijalankan dalam empat peringkat yang terdiri daripada Peringkat Awal, Peringkat Negeri, Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Kebangsaan. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar aliran sains Tingkatan Empat sahaja. Pihak sekolah boleh menghantar seberapa banyak pasukan bagi menyertai pertandingan ini. Namun begitu, setiap pasukan mestilah terdiri daripada tiga orang pelajar dan seorang guru pembimbing.

Sepertimana yang tuan sedia maklum, pendaftaran secara online di laman sesawang www.akademisains.gov.my bagi pusingan awal pertandingan ini telah pun bermula dan pihak Akademi telah bercadang untuk mengadakan pertandingan Peringkat Awal pada 19 Mac 2013 secara serentak di seluruh negara. Namun begitu, ekoran daripada permintaan pihak sekolah dan sambutan yang menggalakkan bagi menyertai pusingan awal pertandingan ini, pihak Akademi telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 29 Mac 2013. Pertandingan Pusingan Awal NSC 2013 juga telah ditangguhkan kepada tarikh yang baru iaitu pada 3 April 2013. Pemilihan tarikh baru ini adalah untuk memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian mendaftar dan seterusnya membuat persediaan seperti melatih para pelajar terbabit bagi menghadapi pertandingan ini. 
Untuk sebarang maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi En Amirul Ikhzan di talian 03-2694 9898 atau emelkan kepada amirul@akademisains.gov.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan