Selasa, 3 Februari 2015

Pendaftaran Pertandingan Sains, Matematik dan Teknologi 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan meneruskan penganjuran pertandingan-pertandingan Sains, Matematik dan Teknologi bagi tahun 2015. Penganjuran bertujuan mengembangkan lagi bakat dan minat murid dalam Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) serta mengenalpasti pasukan yang mewakili Pulau Pinang di periingkat kebangsaan. Pendaftaran dibuka bermula 2 Februari 2015 hingga 28 Februari 2015. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Shamsir Jemain (04-657 5500 / 012-428 7811). Pertandingan Peringkat Daerah akan dijalankan pada 18 April 2015 (Daerah Utara, Tengah dan Selatan) kelolaan PPD Tengah dan 25 April 2015 (Daerah Timur Laut dan Barat Daya) kelolaan PPD Timur Laut. Karnival Pendidikan Sains & Teknologi akan diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2015 di Politeknik Seberang Perai. Pertandingan yang akan dijalankan di Peringkat Daerah ialah;

  • Solar Car
  • Solar Boat
  • Enegy Efficency Cooking
  • Eureka Solar Beach House
  • Saintis Muda (SM dan SR)
  • Maths Magic
  • Bercerita Sains

Pertandingan berikut akan dijalankan terus di peringkat negeri;
  • Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Sekolah Menengah
  • Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Piala Pengarah Pendidikan
Setiap sekolah diminta membuat pendaftara melalui link berikut;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan