Pertandingan ini merupakan
satu platform bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mencapai
hasrat menambah baik kegiatan kokurikulum khasnya dalam kegiatan Kelab dan
Persatuan iaitu dengan mewajibkan semua murid terlibat dalam projek inovasi iaitu
Satu Murid, satu Projek (1M 1P). Program ini merupakan salah satu pertandingan
inovasi yang boleh disertai oleh murid-murid sekolah, dimana ianya merupakan
pertandingan inovasi kategori perkhidmatan.
Pemenang pertama pertandingan ini akan menerima
hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00 serta
berpeluang menyertai persidangan Youth
Social Business 2015 dan program-program lain yang dijalankan oleh rakan
organisasi myHarapan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2015. Pengumuman pasukan yang layak akan dibuat pada 15 Mei 2015 melalui Facebook atau
talian guru penasihat. Sebarang
pertanyaan berkaitan, boleh dirujuk kepada pegawai myHarapan, En Khairul Azmi
di talian 012-247 3554 atau azri@myharapan.org.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan